25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Terbuka Hari Raya Datuk Haji Saprin meriah

KENANGAN… Sapilin (tiga kanan) bersama rombongannya merakam gambar bersama Datuk Haji Saprin (lima kiri).

RANAU: Lebih 500 tetamu dari pelbagai kaum, agama dan idologi politik menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya keluarga Datuk Haji Saprin Bin Karim di rumah kediamannya di Kg.Paka Dua di sini bermula jam 11.00 pagi tadi (8 Jun).

Antara ratusan yang menghadiri majis itu ialah, rombongan 10 orang daripada Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Agama Islam, Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang di ketuai Pengerusi Biro, Sapilin Bin Mudin.

Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh Datuk Haji Saprin mewakili keluarganya, sambil diserikan dengan lagu-lagu Raya oleh para tetamu peminat seni suara menerusi Karaoke.

Haji Saprin ketika ditemui, merakam penghargaan terima kasih diatas kehadiran orang ramai khususnya Biro Hal Ehwal Agama Parlimen Ranau ke majlis tersebut.

“Meskipun tempuh masa Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu, namun kesempatan mengadakan majlis seumpama ini tiada akhirnya untuk meningkatkan ikatan Silaturrahim dan persaudaraan yang sedia terjalin dikalangan  kita semua”, jelas Haji Saprin yang memaklumkan Majlis seumpama tu agak muram sepanjang dua tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Beliau bersyukur tahun ini jangkitan Covid-19 kini beransur pulih dan mengharapkan  pandemik itu akan beransur pergi dan akan lenyap terus dari bumi Malaysia.

“Bagaimanapun, kita masih diambang Endemik maka pematuhan SOP yang dikuat-kuasakan kerajaan adalah penting”, tambah Haji Saprin.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN