Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat memadam api – Gambar ishan Bomba
TENOM:Sebuah rumah di Perumahan Kalang dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 3.00 petang tadi.
Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah, Pusat Gerakan Operasi (PGO JBPM Negeri menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS (999) pada jam 3.37.40 petang mengenai kebakaran itu.
Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom telah menggerakkan dua (2) sebuah jentera FRT dan sebuah LFRT diiringi sebuah utiliti Vigo menuju ke lokasi sejauh 4 kilometer bersama kekuatan anggota seramai tujuh orang pegawai pelbagai pangkat yang diketuai oleh PPgB Zainal Sinsian sebagai Komander Operasi.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian,
kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal dua tingkat milik
persendirian berukuran lebih kurang 20’X30’ telah terbakar 100 peratus” jelasnya.
Beliau berkata, operasi pemadaman oleh pihak bomba menggunakan sumber air tertutup dan operasi tamat sepenuhnya pada jam lebih kurang 5.00 petang.
Kebakaran ini tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
Sebelum meninggalkan lokasi kejadian PKO melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetus bahaya kebakaran.



