30.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rozman keliru dengan laporan Astro Awani

GAMBAR: Datuk Rozman Isli


LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli keliru dengan laporan berita yang disiarkan oleh Astro Awani bertarih 21 Jun dengan tajuk ‘Tiada Masalah Jadi Wakil Rakyat Bebas” yang memetik kenyataan beliau.


Justeru itu, beliau menafikan kenyataan tersebut  jauh menyimpang daripada apa yang dikatakan semasa di temu bual oleh wartawan berkaitan.


“Laporan tersebut jauh meyimpang  dan tidak mengambbarkan perkara sebenar  apa yang saya katakan dalam temu bual itu.


“Apa yang saya jelaskan secara umumnya Labuan tiada menjadi masalah  jika dipimpin oleh mana-mana wakil rakyat termasuk daripada Bebas kerana pembangunan Labuan perlu tetap diteruskan” katanya dalam satu kenyataan kepada media tempatan  bagi menjelaskan perkara sebenar ketika ditemu bual oleh wakil Astro Awani.


Rozman yang juga Ketua Bahagian parti Warisan Labuan menjelalaskan  dalam temu bual itu beliau  telah membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO sebelum ini dan menyertai parti Warisan (Sabah) selepas PRU ke 14 kerana mahukan projek Jambatan  Labuan-Menumbok yang sudah diluluskan dijadikan sebahagian daripada pakej Lebuh Raya PAN Borneo.


“ Namun di bawah kerajaan yang lepas (Pakatan Harapan) sudah lain ceritanya, walaupun diteruskan tetapi ianya berbentuk Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI).


“Saya sekarang sudah masak dan sedar bahawa pembangunan Labuan tidak bergantung kepada parti mana Ahli Parlimen dia berada,” katanya.


Menurut Rozman,  pendirian politiknya untuk kekal bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) juga telah dimaklumkan kepada wartawan terbabit, justeru  kenyataan  yang memberi bayangan mahu menjadi wakil rakyat Bebas adalah laporan yang tidak tepat sama sekali.


Sebaliknya beliau menjelaskan pendiriannya tetap  kekal  untuk bersama Warisan kerana Kerajaan Sabah ditadbir oleh Warisan yang akan memudahkan perhubungan antara Sabah dan Labuan.
“Labuan boleh diwakili oleh mana-mana parti sama ada kerajaan, pembangkang atau bebas sekali pun, paling sesuai diwakili oleh Ahli Parlimen daripada parti yang menerajui negeri Sabah, sebab itulah saya memilih untuk bersama Warisan,” tegas beliau.


Beliu turut menzahirkan rasa kesal  dengan laporan itu di mana seolah-olah penulisnya cuba mensasikan  laporannya  sedangkan apa yang saya  nyatakan ialah untuk terus  kekal bersama parti Warisan.


“Saya mahu bersama Warisan untuk memperjuangkan hak-hak Sabah yang dinafikan Kerajaan Pusat,” katanya.
Beliau berkata, Labuan terlalu kecil dan perlu  rapat dengan Sabah untuk kebaikan ekonomi dan sosial rakyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN