Mohd Rafi menyerahkan watikah pelantikan Setiausaha UMNO Bahagian, kepada Rosli,
LABUAN: Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Labuan, Rosli Omar dilantik Setiausaha UMNO Bahagian Labuan yang baharu berkuatkuasa pada Isnin.
Rosli yang lebih sinonim dengan panggilan RHO dilantik menggantikan Allahyarham Suhaili Amir yang meninggal dunia pada April lalu.
Manakala Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Basran Yunus dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian mengantikkan Rosli Omar.
Pelantikan mereka diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hasan pada Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Labuan yang diadakan pada Ahad,
Sementara itu pelantikan bagi jawatan Penolong Setiausaha yang baharu akan diumumkan kemudian.

Basran menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Penerangan daripada Mohd Rafi.
Hadir sama pada mesyuarat itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ab.Ghani. Bendahari UMNO Bahagian, Musa Hassan, Ketua Wanita, Hajah Niswati Tarji, Ketua Pemuda, Saiful Punggut dan Ketua Puteri UMNO Bahagian,Nurmiyati Jumat.
Mohd RAFI yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata pelantikan Rosli berdasarkan pengalaman beliau sebagai Ketua Penarangan yang menunjukkan prestasi yang membanggakan dan dalam waktu yang sama beliau berharap Rosli akan dapat menambah baik sistem pentabiran UMNO Bahagian Labuan setanding dengan UMNO Bahagian yang lain khususnya di Wilayah Persekutuan.
Mohd Rafi ketika mempengerusikan mesyuarst tersebut turut memaklumkan UMNO Bahagian akan mengadakan Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian pada 29 Jun 2025 yang akan dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Katanya, persidangan kali ini yang akan menyaksikan sedikit kelainan bakal diadakan di salah sebuah hotel terkemuka disini.



