Robert (dua dari kiri)menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada Kapitan Fung Fui Min.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik menyampaikan ucapan selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di daerah ini.
Walaupun sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan suasana norma baharu dan tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 yang masih berleluasa di negara ini namun Robert berharap masyarakat Cina di daerah ini menyambutnya dengan susana yang gembira bersama keluarga.
“Apa yang penting SOP sambutan Tahun Baru Cina yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus dipatuhi” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin selepas menyampai sumbangan limau mandarin kepada masyarakat Cina di kawasan yang diwakilinya hari ini.
Sumbangan itu masing-masing diterima oleh Kapitan Fung Fui Min dan Kapitan Yong Wing On @ Ah On yang mewakili masyarakat Cina jagaan mereka.
Dalam masa sama Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap kepada semua masyarakat di daerah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Elakkan berkumpul beramai-ramai bagi mengelakkan kebolehjangkitan COVID-19” katanya.
Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan N.40 Bingkor Junior Fred.