30.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik terima kunjungan wartawan Bernama, Emin Madi

Robert (tiga dari kanan) bersama Emin (dua dari kanan) ketika bertukar-tukar pendapat.

KOTA KINABALU: Wartawan Bernama Emin Madi mengunjungi Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin di pejabatnya di sini pada Rabu.

Dalam kunjungan itu Emin yang merupakan wartawan veteran yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan menemuramah Robert yang berkait rapat pembangunan yang telah dirancang yang telah dilaksanakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya dan kawasan DUN Bingkor.

Disamping itu juga kedua-duanya bertukar-tukar fikiran mengenai fungsi sebagai pengamal media kewartawanan dalam membantu kerajaan menyebarkan Dasar dasar kerajaan dan pembangunan yang dirancang dan yang telah dijalankan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan N.40 Bingkor berkata beliau sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada pengamal media atau wartawan.

Dalam pada itu beliau berharap pengamal media dan wartawan dapat menyampaikan isu-isu yang sahih yang memberi gambaran dan info yang tepat kepada masyarakat.

Ini katanya, kerana apa yang disampaikan oleh pengamal media atau wartawan akan mempengaruhi para pembaca khususnya rakyat.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred dan Pegawai Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Tinus Majip.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN