25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik terima kunjungan hormat daripada Telekom Malaysia, Sabah

GAMBAR – Arif (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Robert.

Oleh: Marutin Ansiung

KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk  Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Telekom Malaysia Cawangan Sabah di Pejabatnya di sini hari ini.

Rombongan itu diketuai oleh  Penolong Pengurus Besar Regulatory And Engagement, Arif Bin Lakura.

Turut serta  Penolong Pengurus Besar Regulatory And Engagement, Jamil Jamal, Penolong Pengurus Besar Network, Tadad Tasir dan Penolong Pengurus Regulatory And Engagement,  Angeline Kwan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor yang berkata kunjungan seumpama ini amat beliau alu-alukan.

Katanya, selain bersuaikenal ia membolehkan pihak kerajaan dan agensi kerajaan mahupun sektor swasta berkerjasama dalam membangunkan negeri ini.

Selain itu katanya, kunjungan hormat seumpama ini juga menjadi ruang kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea untuk manfaat bersama.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN