Robert Tawik sumbang 100 buah kanopi kepada Penjaja Pasar Malam Apin-Apin

Robert Tawik sumbang 100 buah kanopi kepada Penjaja Pasar Malam Apin-Apin

Robert (empat dari kanan)bersama Jawatankuasa Pengelola Pembukaan Pasar Malam Apin-Apin.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meluluskan peruntukan 100 buah kanopi berukuran 10’ x 10‘ untuk para penjaja Pasar Malam Apin-Apin. 

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya meluluskan peruntukan itu menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Pengelola Pembukaan Pasar Malam Apin-Apin yang diketuai Robert Paulus selaku Ahli Majlis Daerah Keningau merangkap Penyelaras Pasar Malam Apin-Apin.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu memberi kemudahan dan keselesaan kepada para penjaja untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka” katanya.

Pada masa sama beliau mengingatkan para penjaja dan pengunjung agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Ini katanya, bagi menghindarkan para penjaja dan pengunjung daripada jangkitan COVID-19 ini.

George (kiri) menyampaikan kanopi kepada Venisius

Hadir sama pada kunjungan ini, Pengerusi JKDB Pekan Apin-Apin, Paul Sitampat, Wakil KDCA Apin-Apin  Marcus Goh Lundang, Pemaju Mukim Apin-Apin, Dennis Joakim dan Pengerusi Persatuan Penjaja Tamu Apin-Apin Puan Jestina Gunir.

Terdahulu para Penjaja Pasar Malam Pekan Bingkor menerima sumbangan 50 Buah Konopi berukuran 10’x10′ daripada ADUN  N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pemaju Mukim Bingkor George Dairie mewakili Datuk Robert kepada Penyelaras Pasar Malam Pekan Bingkor Venisius Nansi.

Sementara itu Penyelaras Pasar Malam Venisius merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan dan sumbangan 50 buah konopi tersebut.

Katanya, dengan adanya konopi itu sudah tentu memberikan kemudahan dan  keselesaan kepada para penjaja yang menjalankan perniagaan mereka. 

Beliau juga minta para penjaja agar dapat menjaga dan  keselamatan konopi tersebut.