ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik sempurnakan penyerahan PPRT

Robert menyerahkan dokumen rumah PPRT yang sudah siap dibina kepada Laitim.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyempurnakan penyerahan rumah PPRT kepada penerima, Laitim Laiman di Kampung Sandapak Bingkor.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap Laitim dan keluarganya tinggal di rumah yang selesa berbanding sebelum ini

Katanya, kerajaan yang ada pada hari ini sentiasa prihatin dengan rakyat yang memerlukan bantuan mengikut keperuan keluarga.

“Bagi kawasan DUN Bingkor, saya akan memastikan semua lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan mengikut keperluan mereka dapat dibantu” katanya.

Sementara itu Laitim mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan ADUN Bingkor kerana prihatin dengan keperluan keluarganya.

Katanya, dengan adanya rumah baharu sudah tentu mereka sekeluarga tinggal dengan lebih selesa kerana rumah PPRT yang dibina dilengkapi kemudahan bekalan air dan elektrik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN