31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik lawat rumah keluarga yang ranap dihempap kayu

Robert dan rombongan semasa berjalan kaki menuju ke lokasi rumah keluarga Libik yang ranap dihempap pokok tumbang.

KENINGAU:Laluan yang sukar dan berjalan kaki menyusuri tali air di kawasan sawah tidak menghalang rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin untuk melawat keluarga Libik Linggong yang ranap rumah akibat dihempap kayu yang tumbang baru-baru ini.

Rumah kediaman Libik sekeluarga yang terletak di tengah kawasan sawah Kampung Norupot Berungis ranap selepas dihempap pokok yang tiba-tiba tumbang itu.

Mujurlah tiada kemalangan kecederaan dan kehilangan nyawa berlaku.

Walau bagaimanapun rumah kediaman itu ranap sama sekali dan beberapa peralatan rosak.

Robert dan rombongan meninjau rumah yang ranap.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk peringkat awal saya telah menyampaikan bantuan bahan makanan dan zink membina semula semula struktur rumah mereka yang musnah” kata Robert selepas meninjau keadaan di tempat kejadian.

Turut sama dalam lawatan itu, PPM Bingkor Junior Fred dan staf, KK Angoi Siman Pengerusi JPKK Kampung Berungis Jhonny Unie dan kakitangan Pejabat ADUN Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN