Robert menerima cenderamata daripada Presiden KDCA Tan Sri DSP Joseph Pairin Datuk Kitingan selepas persidangan itu.
PENAMPANG:Datuk Robert Tawik @ Nordin mengekalkan jawatan Naib Presiden Kadazan Dusun Cultural Association Sabah ( KDCA ) bagi Sesi 2022-2025.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN )N.40 Bingkor memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 15 yang berlansung di Dewan Hongkod Koisaan Penampang hari ini.
Persidangan tersebut diadakan secara bersemuka dengan dihadiri 150 orang dan selebihnya menerusi maya dibeberapa tempat
.
Persidangan tersebut telah diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).
Pembantu Menteri Kerja Raya itu bersama dengan lima Naib Presiden yang lain menang tanpa bertanding pada persidangan itu.