27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik hadir program gotong-royong perdana

Robert (dua dari kanan)semasa berucap melancarkan gotong-gotong itu.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghadiri program gotong-royong perdana pekan Apin-Apin sebagai persediaan program ramah mesra kaamatan peringkat Mukim Apin-Apin, Mukim Merampong dan Mukim Bunga Raya bagi tahun 2022.

Semasa melancarkan program program gotong-royong tersebut Robert yang juga Pembantu Menter Kerja Raya memuji usaha gotong-royong ini dan berharap agar ianya diteruskan untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan pekan dan kampung.

Robert (tengah)bergambar kenangan bersama pempimpin masyarakat dan penduduk kampung yang menyertai gotong-royong itu.

Selepas melancarkan gotong-royong itu beliau turut menyertai kerja gotong-royong hingga selesai.

Pada masa sama beliau berterima kasih kepada semua yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada penganjur iaitu Badan JKDB Pekan Apin-Apin, KRT Kampung Apin-Apin dan Persatuan Penjaja Tamu Apin-Apin.

Gotog-royong itu turut dihadiri oleh PPM Bingkor Junior fred, CDO Bingkor Tinus Majip, Kakitangan UPPM Bingkor, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JPKK dalam Mukim Apin-Apin, Mukim Merampong dan Mukim  Bunga Raya.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN