27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik beri penghormatan terakhir kepada mendiang Patricia @ Katong Ubong dan mendiang Vincent Kasius

Gambar atas – Robert semasa menziarahi dan penghormatan terakhir kepada mendiang  Patricia @ Katong Ubong di Kampung Tuntumulud.

KENINGAU:Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.40  Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Patricia @ Katong Ubong dan mendiang Vincent Kasius masing-masing di Kampung Tuntumulud dan Kampung Bunsit Bingkor.

Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, ziarah seumpama ini adalah amalan beliau apabila ada keluarga yang mengalami kesusahan.

“Kita dipilih sebagai wakil rakyat, maka tanggungjawab kita kepada rakyat perlu ditunaikan, kalau orang sudah kita yang cari mereka, jangan tunggu mereka cari kita” katanya.

Robert memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Vincent Kasius di Kampung Bunsit.

Sempena ziarah itu beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua dua mendiang.

Sambil itu beliau berharap keluarga yang ditinggalkan bersabar dengan pemergiaan orang yang tersayang.

Seperti kebiasaannya, Robert juga telah memberi sumbangan kewangan kepada kedua-dua keluarga yang ditinggalkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN