28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Robert sokong permintaan Jeffrey, Sabah keluarkan Kad Pengenalan Sabah atasi kebanjiran PATI.

Robert….beri kuasa kerajaan Sabah keluarkan Kad Pengenalan Sabah.

KENINGAU:Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin menyokong penuh dengan gesaan Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan yang meminta Kerajaan Persekutuan agar memberi kuasa penuh kepada kerajaan negeri Sabah untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah bagi mengatasi masalah Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) ke di negeri Sabah.

Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen P.180 Keningau dan Timbalan Ketua Menteri Sabah menyuarakan perkara itu di Dewan Parlimen.

Robert yang juga ADUN Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya berpendapat sudah tiba masanya kerajaan Sabah  iaitu Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah ( GRS ) diberikan kuasa penuh untuk mengeluarkan kad pengenalan Sabah.

“Selagi tidak ada mekanisma yang diambil seperti mengganti Kad Pengenalan yang sedia ada kepada Kad Pengenalan Sabah yang baru, selagi itulah masalah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin berleluasa di negeri Sabah” tegasnya.

Maka itu katanya, Kerajaan Persekutuan perlu memberikan kerjasama dan sokongan  serta membenarkan kepada kerajaan Negeri Sabah mengeluarkan kad pengenalan Sabah. 

“Saya percaya dengan pengeluaran kad pengenalan Sabah yang baharu, masalah pendatang asing tanpa izin di negeri ini boleh diatasi” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN