26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert sambut baik pengumuman PM, pembukaan sempadan.

Robert….rakyat merasa lega pembukaan sempadan negara.

KOTA KINABALU:Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April ini. 

Robert yang juga ADUN Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sudah tentu rakyat merasa lega dan menyambut baik dengan rasa gembira atas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Katanya, pembukaan sempadan negara juga memberi impak yang besar kepada negeri Sabah kerana Sabah adalah distenasi pelancongan yang menjadi tarikan para pelancong dari luar negara.

ā€œIa juga sudah tentu memberikan suntikan perkembangan ekonomi negeri Sabah dan akan memacu  pembangunan Sabah melalui Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ ).

Beliau berkata, salah satu teras SMJ  ialah pertumbuhan ekonomi yang berasas pertanian, perindustrian dan pelancongan, yang mana sektor ini  menarik para pemain sektor berkenaan. 

ā€œEkonomi  Sabah juga terjejas teruk dengan penularan Covid -19 sejak dua tahun lalu dan sudah tentu dasar membuka sempadan negara akan dapat memulihkan dan merancakkan lagi ekonomi negeri iniā€ jelasnya.

Tambahnya, dengan pengumuman awal yang dibuat oleh Perdana Menteri, akan memberi peluang pelbagai sektor  perniagaan untuk merancang dan mempersiapkan perjalanan perniagaan dalam mengharungi fasa peralihan endemik mulai 01 April ini.

Walau bagaimanapun katanya, rakyat juga perlu memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan agar dapat mengawal peningkatan jangkitan wabak Covid-19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN