27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

RM20,000 diperuntukan merata tapak letak kereta Masjid Al-Kauthar, Lohan 1.

Gambar: Abidin (kedua kiri) ketika meninjau tapak letak kenderaan Masjid Al-Kauthar, Kg. Lohan 1.

RANAU: Sejumlah RM20,000 diperuntukan untuk kerja-kerja merata tapak letak kenderaan di Masjid Al- Kauthar Kampung Lohan 1, di sini.

Jumlah tersebut diluluskan sendiri  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir ketika mengadakan lawatan ke masjid itu baru-baru ini.

Menurut Abidin, dengan adanya kawasan baharu yang luas di kawasan itu kelak akan mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta untuk para jemaah  terutama semasa solat Jumaat.

“Saya difahamkan pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid  Al-Kauthar di sini, kawasan letak kereta sedia ada tidak lagi dapat menampung dan terpaksa berkongsi dengan kawasan Sekolah Agama Negeri (SAN), Lohan 1.

Bantuan Aidilfitri….Abidin (tengah) ketika menyampaikan bantuan bakul makanan kepada sebahagian wakil penerima


“Tapak letak kereta yang baharu ini juga kelak boleh digunasama oleh orang awam untuk berurusan atau mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lohan yang terletak bersebelahan dengan Masjid  Al-Kauthar, katanya.

Dalam lawatan itu, Abidin turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Sabah berupa bantuan bakul makanan khusus kepada golongan sasar atau Asnaf yang menyambut aidifitri tahun ini.

Abidin memberitahu, kira-kira 500 golongan asnaf di kawasan Dun Paginatan akan menerima bantuan tersebut bermula hari ini  melalui jawatankuasa masjid dalam Dun Paginatan.

Dalam masa sama, Abidin dan keluarga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh masyarakat Islam di kawasan Dun Paginatan.

Hadir sama pada lawatan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Paginatan, Hisyamuddin Harun, Pengerusi Masjid Al-Khausar, Lohan 1, Rusining Rusidi, Ketua Kampung Lohan 1, Jaudin Harun, Pengerusi MPKK Lohan 1, Ajisni Duali dan kakitangan pejabat UPPM Dun Paginatan.–Borneo Daily Bulletin


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN