ABDUL WAHAP menyampailkan sijil  pangkat Kehormat kepada Rithuan.
LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan , Rithuan Mohd Ismail dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)
Upacara pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yassin.
Rithuan turut menerima sijil pangkat kehormat dan tongkat kuasa yang diadakan di Bilik Persidangan Dorsett Grand Hotel Labuan, dekat sini, pada Selasa.
Sementara itu, empat lagi individu lain yang menerima penganugerahan pangkat Penguasa Kanan Bomba 1 ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusop Mohamad dan Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid.
Hadir sama, Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Rahman Ali.
Abdul Wahab berkata, pemakaian pangkat berkenaan adalah penghargaan sebagai tanda penghargaan JBPM dalam membina hubungan kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang ada di pulau ini.