Replika sayur Pitchai di Kundasang
Oleh: Jainuddin Nasir
RANAU: Dua replika Mercu Tanda kedua-dua kawasan Kundasang dan Ranau sebagai antara daerah destinasi pelancongan utama di Sabah ‘Negeri Di Bawah Bayu’.
Replika sayur ‘Pitchai’ di pekan Kundasang .membuktikankawasan Kundasang ‘Syurga Sayuran Segar Tanah Tinggi’ dan replika ‘Teh Tekoh’ terletak di jalan bulatan Jabatan Kerja Raya (JKR) pekan Ranau menunjukkan Ladang Teh Sabah terletak di Nalapak tidak jauh dari pekan Ranau.
Sesungguhnya, kewujudan kedua-dua replika tersebut memberi isyarat kepada para pengunjung (pelancong) bahawa kedua-dua destinasi itu juga memang terkenal dengan lokasi menarik dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa terutama pada hujung minggu atau hari Kelepasan Am.

Replika Teko di pekan Ranau
Kalau berkunjung ke Kundasang boleh melawat ke Taman Kinabalu, Tugu Peringatan Perang Kundasang, Dairy Farm Masilou selain menikmati panorama kebun sayuran segar tanah tinggi Kundasang manakala kalau ke Ranau pula boleh melawat Taman Air Panas Poring, Ranau Rabbit Farm, Mount Kinabalu Sky Bike, Bombon Marakau, Pusat Tagal Luanti Baru dan banyak lagi pasti memberi kepuasan dan kenangan manis setiap pengunjung.
Bagaimanapun, kebanyakan lokasi menarik itu kini ditutup kepada pengunjung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan larangan Rentas Daerah berkuat-kuasa 24 Mei hingga 7Jun depan.
          Â