Datuk Masidi Manjun -gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan aktiviti rentas daerah di Sabah tidak dibenarkan mulai 10 Mei ini hingga 16 Mei depan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, rentas daerah tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan.
Jelasnya dalam tempoh itu, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah.
“PDRM akan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas daerah sepanjang tempoh itu”, katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.