30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Remaja  maut rempuh tiang lampu

ROSAK teruk motosikal yang ditunggang mangsa

LABUAN:  Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu merempuh tiang lampu  dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Pohon Batu awal pagi  hari ini (Selasa).

Dalam kejadian kira kira jam 2.31 pagi mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Ruhaifan Mahad, 18 tahun meninggal dunia di hospital Labuan  8.35 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Mohd Hamizi Halim, mangsa yang menunggang motosikal dari arah bandar menuju ke Pohon Batu dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggngnya lalu terbabas dan  merempuh tiang lampu yang berada ditepi jalan.

“ Mangsa yang  mengalami kecederaan parah telah dibawa kehospital Labuan dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.35 pagi” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak  disamping menasihatkan penunggang motosikal  supaya menunggang motosikal dengan berhemah di jalan raya.    

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN