Antara penduduk Kg.Tungou menerima sebungkus Bubur Lambuk disampaikan Jueephine
RANAU: Platun 0010 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kg.Tungou di sini, berjaya memasak dan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dan telah diagih-agihkan kepada kepada para pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di daerah Ranau serta penduduk Kg.Tungou.
Ketua Platun 0010 Kg.Tungou, Syamsul Bin Marta ketika ditemui memberitahu yang Rela di kampungnya telah ditubuhkan pada tahun 2010 dengan jumlah keahlian berdaftarnya mencecah 69 orang begerak aktif menjalankan arahan pihak pemimpin atasan khususnya Pegawai Rela Daerah (PRD).
“Kami di sini sentiasa peka dan akur dengan arahan pihak atasan untuk menjalankan amanah terutama menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
“Pasukan Rela di sini juga sering mengadakan atau menyertai aktiviti kemasayarakatan seperti gotong-royong membersihkan kawasan kampung dan sebagainnya.”, jelas Syamsul sambil menambah Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk itu juga satu contoh permuafakatan jitu dikalangan anggota Rela di kampungnya.
Sementara itu, Pegawai Rela Daerah Ranau, Jueephine Binti Hiyah yang juga turut hadir menyertai program itu, memuji inisiatif dan usaha pihak Rela Kg.Tungou kerana berjaya menganjurkan aktivitu memasak dan mengagihkan bubur lambuk tersebut dan mengharapkan program murni seumpama itu dapat dicontohi oleh Pasukan Rela di tempat lain.
“Kesediaan Pasukan Rela di Kg.Tungou menganjurkan program itu adalah satu kejayaan berpasukan yang patut dicontohi dan diteruskan pada masa akan datang”, tambah Jueephine.
Hadir sama menyertai aktiviti memasak Bubur Lambuk itu ialah, Penolong Pegawai Rela Daerah (PPRD),Mohd.Khairul Azmie Bin Jamirin.