RASMIKAN… Harun berucap di majlis itu.
OLEH: HJ M.AMIN HJ MUIN DAN A.JALIL MADARIN
PITAS: Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Pitas Datuk Harun Ismail menggesa golongan beliawanis agar merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) apa juga jenis kursus, seminar terutama dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata sebagai golongan yang masa muda mereka perlu menceburi apa juga bidang pernishaan termasuk Kursus Latihan Penyediaan atau pengendali Makanan.
Katanya, selagi masih muda dan sihat tubuh badan peluang keemasan seumpama ini haruslah direbut dan diberi perhatian kerana adakalanya proram seumpama ini jika diadakan di kawasan bandar sudah pasti mempunyai pelbagai syarat yang melibatkan wang ringgit.
Menurut Harun program seperti ini bukan sahaja memberikan pendedahan penting tentang amalam kebersihan dan keselamatan makanan sebaliknya membuka ruang kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada serta peluang ekonomi dalam bidang keusahawanan makanan.

KENANGAN BERSAMA…. Harun( duduk empat kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama para peserta dan tetamu.
“Syabas dan tahniah kepada penganjur kursus atas inisiatif ini serta semua hampir 40 orang peserta wanita yang berjaya menamatkan latihan dengan jayanya walau pun masa yang begitu singkat dan semoga ilmu yang diperolehi dimanafaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan komuniti dan pembangunan ekonomi tempatan,” tambahnya.
Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) antara lain berkata demikian di Majlis Penutupan Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran Komuniti Madani Kampung Penampang Pitas di Bangunan Rawat dan Rehat (R&R) dekat sini baru-baru ini.
Hadir sama Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas, Ariffin Matasin, Pengerusi Penganjur program Maria Abdul Malik, Pegawai Khas kepada Harun, Ikmal Atong dan Abdul Majit Tarip@Man mengetuai warga kerja DHI dan jawatankuasa penganjur.



