Gambar atas: Kampung Kota Ayangan
KENINGAU:Rata-rata Kampung di kawasan Bingkor menyahut gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin agar mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah bagi menyemarakkan suasana sambutan bulan kemerdekaan.
Dalam tinjauan di beberapa kampung di kawasan Bingkor hari ini, penduduknya kelihatan mula memasang dan mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah.

Kampung Toboh laut.
Rata rata mereka melahirkan rasa syukur dapat hidup harmoni dan selamat di negara ini yang rakyatnya berbilang bangsa, suku dan agama.
Mereka juga bersyukur kerana Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 telahpun mengangkat sumpah.
“Kami sebagai rakyat di Negeri Ssbah, berharap Sabah dapat diberikan perhatian dan keutamaan yang sewajarnya dalam pemberian pembangunan” kata mereka.

Kampung Bingkor Baru.
Mereka juga berterima kasih kepada Wakli rakyat mereka yang begitu prihatin dan mengambil berat terhadap rakyat dan pembangunan di kawasannya.
Tinjauan dibuat di lapan buah kampung iaitu Kampung Kota Ayangan, Toboh laut, Bingkor Baru, Gasabon, Tigot, Lambanga, Kirokot Baru dan Liau.