30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rakyat diminta terus patuhi PKPP-Jonathan

RANAU : Rakyat harus akur dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti yang dikuat-kuasakan kerajaan ketika ini.

Timbalan Menteri II, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin berkata, semua SOP yang tetapkan kerajaan adalah juga arahan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memerangi serta menutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia.

“Kita bersyukur kerana kes Covid-19 negara kita menyaksikan penurunan berbanding negara lain.

“Ini adalah hasil usaha pasukan petugas barisan hadapan terutama para petugas Kementerian Kesihatan, pasukan Keselamatan dan kerjasama dari seluruh lapisan masyarakat tanpa memilih suku kaum, agama dan idologi politik seluruhnya’, jelas Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau ketika dihubungi pagi tadi.

Menurutnya, antara arahan (SOP) yang ditetapkan kerajaan adalah mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu dengan yang lain, kerap membasuh tangan menggunakan sabun (sanitizer), memakai Pelitup mulut dan hidung  (Face Mask), dan tidak menghadiri perhimpunan ramai orang dan perlu duduk diam bersama keluarga dalam rumah.

“Saya menyeru masyarakat (rakyat) khususnya di Ranau, supaya sentiasa bersama keluarga tersayang dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Berhati-hati pada setiap masa walau kita berada di mana dan bersama siapa”, tambah Jonathan. –BDB

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN