31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Raja Thai lucut gelaran diraja ke atas gundik tidak setia.

BORNEO BULETIN

22 Oktober 2019,11.05pm

GLOBAL l Sineenat, 34, didakwa melanggar tatacara kelakuan sebagai gundik diraja dan tidak setia kepada raja kerana bersaing dengan Permaisuri Suthida.

-Reuters-

GLOBAL l Raja Thailand, Maha Vajiralongkon telah melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan ke atas gundik diraja beliau yang didakwa “tidak setia” dan bersaing dengan Permaisuri Suthida, kata istana Isnin lalu.

Pengumuman luar biasa yang dibuat hanya beberapa bulan selepas raja itu, yang secara rasminya ditabalkan pada Mei lalu, melantik Sineenat Wongvajirapakdi sebagai seorang gundik diraja – pelantikan pertama seumpama itu dalam hampir satu abad – Julai lalu.

Sineenat, 34, melanggar tatacara kelakuan sebagai gundik diraja dan tidak setia kepada raja, menurut kenyataan dua halaman itu.

“Gundik diraja Sineenat tidak menghargai gelarannya dan berkelakuan dengan cara yang tidak sepatutnya.

“Dia juga tidak berpuas hati dengan gelaran yang diberikan kepadanya dan melakukan segala-galanya untuk mencapai tahap permaisuri,” kata kenyataan itu.

Keluarga diraja itu dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam Perarakan Tongkang Diraja pada Khamis lalu, salah satu upacara terakhir dalam sambutan pertabalan raja sepanjang tahun ini, namun minggu lalu acara itu ditangguhkan hingga akhir tahun, dengan para pegawai memetik alasan keadaan cuaca.- Reuters

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN