ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik (tengah)menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi KPSMAABB Robert Paulus.
KENINGAU:Pusat Timbang Sawit Koperasi Penanam Sawit Mampan Apin-Apin Bingkor Berhad ( KPSMAAABB ) akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin pada 28 Mac ini.
Pengerusi KPSMAABB Robert Paulus berkata, surat jemputan telah diserahkan sempena kunjungan hormat Koperasi kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya pada Selasa lepas.
Pada kunjungan itu, KPSMAABB sekali gus menerima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor itu bagi meringankan kos pelaksanaan majlis perasmian Pusat Timbang itu.
Turut sama pada kunjungan hormat itu, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KPSMAABB.
Terdahulu Pengerusi KPSMAABB Robert Paulus memberi taklimat mengenai perjalanan operasi koperasi tersebut.