26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PSKS terima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kepada Puan Susen @ Susan Surumbut salah satu ketua kumpulan.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah ( PSKS ).

Sumbangan tersebut membiayai kos aktiviti PSKS dalam Program Subsidi Mamogram Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)Sabah bagi pengesanan awal kanser payudara.

Pengerusi Persatuan Lawrence Libur Imul berkata, sumbangan itu membiayai kos pengangkutan bagi lima kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 50 orang wanita daripada kawasan DUN Bingkor ke Kota Kinabalu pada bulan April 2022 untuk menjalani ujian mamogram.

Lawrence merakamkan ucapan terima kasih kepada  Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya atas sumbangan dana kepada PSKS.

Sunbangan tersebut telah diterima oleh wakil persatuan tersebut Puan Susena @ Suzan Surumbut dan Juvita Kadam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN