Calon BN Mohamad Alamin bersama penyokong tiba di perkarangan Pusat Mengundi Dewan Kesenian Islam Membakut.
MEMBAKUT : Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) kerusi DUN N30 Bongawan pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 bertembung dua lagi calon yang masing masing mempunyai pengaruh selain nama besar dalam arena politik di Parlimen Kimanis dan enam calon lain yang berusaha untuk meraih sokongan pengundi sekaligus menyaksikan persaingan sengit untuk kerusi Bongawan.
Dua nama yang tidak asing bertembung dengan Mohamad Alamin itu ialah mantan Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman dan seorang lagi merupakan penyandang kerusi DUN Bongawan, Dr. Daud Yusof.
Ketiga tiga mereka telahpun disahkan untuk bertanding selepas proses penamaan calon bagi DUN Bongawan yang berlangsung di Dewan Kesenian Islam berakhir pagi tadi.
Mohamad Alamin yang juga Ahli Parlimen Kimanis tiba di pusat penamaan calon sekitar 8.40 pagi diiringi lebih 2,000 penyokong nya.
Tidak lama selepas itu, calon GRS bagi DUN Bongawan, Tan Sri Anifah Aman, tiba 10 minit di lokasi sama bersama kumpulan penyokong yang lengkap berbaju serba puteh diikuti kemudian calon Warisan Dr Daud Yusof.
Enam, lagi calon yang turut bertanding bagi DUN Bongawan ialah Dolores Michael(STARSABAH),
Md Haris Md Tahir (Bebas), Peter Matinjal (KDM), Hussin Dasar (PPRS), Ridzuan Firdaus (PN) dan
Royston Adven (PIS).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, yang mengendalikan proses penamaan calon bagi DUN Bongawan dan Membakut ialah Suzlan Suhaili.



