30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelawaan tender projek jalan Tarawas-Karagasan selesai, harap JKR percepatkan proses seterusnya: Jonathan

gambar lama Jalan Timbua-Karagasan (sekadar hiasan)

RANAU:Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin mengharapkan kepada penduduk Mukim Malinsau di sini, agar bersabar menanti usaha kerajaan untuk menaiktaraf jalan raya Tarawas-Karagasan, satu kemudahan asas penting perhubungan ribuan penduduk puluhan buah kampung.

Jonathan berkata, kerajaan amat komited dan prihatin dengan keperluan rakyat terutama kawasan pedalaman yang amat memerlukan infrastruktur asas seperti kemudahan jalan raya yang sempurna, bekalan lampu letrik, bekalan air bersih dan sebagainya.

“Namun rakyat harus bersabar kerana perlaksanaan projek yang diperlukan itu perlu melalui beberapa proses seperti pelantikan konsultan yang membuat cadangan jajaran jalan pada peringkat awal yang telah dibuat tahun lalu. Kemudiannya proses ‘value management’ dan ‘value engineering’ yang melibatkan banyak kementerian dan jabatan yang mana ini telahpun disiapkan dan kemudiannya pelawaan tender yang mana telahpun ditutup pd 19hb Ogos ,2022 yg lalu.

Jonathan memaklumkan, usaha menaiktaraf jalan Tarawas-Karagasan sebenarnya sudah dirancang untuk pelaksanaan pada tahun 2020 yg lalu namun projek ini telah dikenakan waran sekatan berikutan pandemik Covid-19 kerana negara memerlukan lebih banyak dana untuk menghadapi pandemik wabak covid 19 dalam dua tahun lalu.

“Kita mengharapkan projek itu dapat dilaksanakan dengan sesegera yang dapat memandangkan pelawaan tender untuk projek jalan Tarawas-Karagasan ini sudahpun ditutup pada 19hb Ogos yang baru lalu dan pihak JKR Sabah sedang dalam proses membuat penilian tender yang dibuat. Kita berharap JKR Sabah dapat menyegerakan penilaian tender tersebut dan seterusnya pihak Tender Board dapat membuat keputusan berkaitan pihak kontraktor mana yang akan terpilih untuk melaksanakan projek ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan  tapak Tamu Mingguan Mukim Malinsau Ranau pada Sabtu.

Menyentuh Tamu Mingguan itu, Jonathan memuji penduduk Mukim Malinsau kerana ada inisiatif untuk menghidupkan semula Tamu Mukim Malinsau itu setelah sekian lama dihentikan. Tamu tersebut diharap dapat terus berkembang bukan sahaja sebagai tempat mempamer dan menjual produk hasil pertanian dan kraftangan tempatan bagi meningkatkan sosio ekonomi penduduk, malah ianya boleh menjadi tempat untuk membeli bahan-bahan keperluan lain apabila tamu tersebut turut dihadiri para penjual barangan lain seperti keperluan dapur, pakaian dan sebagainya.

“Saya mencadangkan supaya pembinaan pondok di kawasan tapak Tamu yang ada ini,  mendapat penentuan dan kepastian daripada JKR bagi memastikan jajaran jalan raya yang bakal dilaksanakan kelak supaya sebarang pembinaan di kawasan tamu tidak terjejas.

“Bagus dapatkan dahulu jajaran jalan daripada JKR supaya apapun bangunan pondok tamu tidak terganggu dengan usaha menaiktaraf jalan ini kelak.

“Cari kawasan yang dikenalpasti lebih sesuai dan tidak terganggu dengan pembinaan jalan bagi mengelakkan pembaziran apabila pondok-pondok yang di dirikan terpaksa diroboh untuk dipindahkan”, tegas Datuk Jonathan.

Menurutnya, untuk membina pondok atau kemudahan lain seperti tandas awam, pentas budaya atau tempat menderma darah dan menyemen tapak tamu hendaklah diambil kira sebagai kemudahan awam.

“Mungkin kita boleh bantu bukan setakat RM20 ribu seperti yang di kemukakan pihak JPKK malah kita boleh bantu sehingga RM150 ribu kelak  kalau ada tapak yang dikenalpasti lebih sesuai dan bukan terletak berhampiran dengan jalan raya yang dikenalpasti dalam jajaran pembinaan jalan raya”, tambah Jonathan.

Turut berucap mewakili penduduk Mukim Malinsau ialah,  Pengerusi JPKK Kg.Tanid Mukim Malinsau, Ganting Laipan.

Sementara hadir sama ialah, Pengerusi JPKK Kg.Mokodou, Taming  Adjngan, Pengerusi JPKK Kg.Sumbilingon, Gorowok Laisan, Pengerusi JPKK Kg.Nasakot-Malinsau Darat, Makukin Awai, Pengerusi JPKK Kg.Linapasan, Rudi Barani dan Pengerusi Kg.Kiwakau, Musiman Mawad.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN