TAPAK…. Bashir (kiri) rombongan ketika meninjau tapak projek PPR Batu Arang.
LABUAN: Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Batu Arang Tanjung Aru bernilai lebih RM 101.6 juta dijadual siap sepenuhnya pada April 2021.
Demikian diberitahu oleh Pengurus Projek RD Resources Sdn Bhd, Cik Norsalmiza Mohammad ketika menyampaikan taklimat mengenai projek PPR kepada Ahli Dewan Negera, Senator Datuk Bashir Alias sempena lawatan beliau ke tapak projek tersebut pada Sabtu.
Menurut Norsalmiza, projek PPR yang mengandungi 500 unit termasuk 5 unit untuk orang kurang upaya (OKU) merupakan projek PPR yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dikendalikan sepenuhnya oleh pemaju Syarikat RD Resources Sdn. Bhd.

BANGUNAN….Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2021.
“ Rumah PPR dua blok setinggi 13 tingkat itu turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti Surau, Rumah Kedai, Taska, Balai Komuniti dan Rumah Sampah”, katanya.
Rumah mampu milik berkeluasan 700.84 kaki persegi itu mengandungi 3 bilik, kemudahan tandas dan bilik mandi merupakan Projek PPR pertama dibangunkan di Labuan bagi memberi peluang generasi muda dan golongan B40 yang kurang berkemampuan memiliki rumah sediri.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Abdul Ghani, Ketua MCA Bahagian Labuan, Datuk Chin Hung Vui, Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan, Datuk Dhalif Singh dan Pengarah Projek RD Resources Sdn. Bhd, Dato’ Radin Mokthar.