30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Projek Penepatan Semula Nelayan Labuan Bernilai RM 17 Juta Dilaksana Tahun Depan

PENGHARGAAN… Dr Fary menyampaikan surat penghargaan kepada Ketua Kampung Gersik/Saguking, Osman Kadir sempena Majlis Sanjungan Budi dan penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Lampu sempena Hari Wilayah 2020.

Labuan: Masyarakat Nelayan di pulau ini boleh menarik nafas lega apabila Projek Penempatan Semula Nelayan yang bernilai RM 17 juta di Kampung Sungai Buton akan diteruskan dan dilaksanakan bermula tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata Projek Penempatan Semula Nelayan yang bernilai RM 17 juta akan dilaksanakan tahun hadapan dengan membina sebanyak 100 unit rumah nelayan.

Katanya, projek di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membabitkan tanah seluas 8 hektar memberi keutamaan kepada para nelayan yang tidak mempunyai tanah termasuk yang tinggal di perkampungan atas air Rancha-Rancha.

“Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan yang lepas telah bersetuju untuk Perbadanan Labuan sebagai agensi penyelaras dan pelaksana projek berkenaan yang sepatutnya dilaksanakan bermula tahun lalu, namun terdapat beberapa masalah teknikal serta kelulusan tapak tanah menyebabkan projek ini tertangguh” .

“Alhamdulillah kesemua masalah tersebut telahpun dapat diselesaikan oleh Perbadanan Labuan sekaligus membolehkan projek yang dapat memberikan kesejahteraan warga nelayan di pulau ini dapat diteruskan bermula tahun depan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan projek berkenaan.

Terdahulu sebelum itu beliau ditemui pada Majlis Sanjungan Budi dan penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Lampu, sempena Hari Wilayah Persekutuan 2020 di salah sebuah hotel di sini, pada Jumaat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN