30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Projek pembinaan  infrastruktur Skuadron Hawk Labuan bernilai RM19.2 juta siap sepenuhnya.

SIMBOLIK…Mohd Faizal menyerahkan dokumen serah Projek  Bangunan infrastruktur Skuadron Hawk, Pangkalan Udara TUDM Labuan Kepada  Brigadier General Mohd Taha Hamdan sambil disaksikan Alexander (tengah)

LABUAN: Projek pembinaan infrastruktur untuk Perpindahan Skuadron Hawk Pangkalan Udara Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Wilayah Persekutuan Labuan bernilai RM19.2 juta   siap sepenuhnya.

Majlis Penyerahan projek itu antara Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Mohd Faizal Mohd Ali Hanapiah d dan Komander Pangkalan Udara TUDM, Brigadier General, Mohammad  Taha Hamdan telah  pun diadakan   di Ibu Pejabat No 6, Skuadron Pangkalan Udara Labuan, Membedai di sini, pagi ini.

Majlis tersebut  disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Terdahulu ketika berucap pada Majlis itu, Alexander berkata, Projek bernilai RM19.2 juta telah bermula pada Oktober 2019 dan telah disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor tempatan pada 15 Mac 2024 yang lalu.

Katanya, penyerahan projek itu bakal memberi impak positif Kepada MINDEF dalam meningkatkan keupayaan Skuadron Hawk  menjalankan operasi serta memastikan benteng keselamatan negara sentiasa terkawal khusunya di Sabah Sarawak dan Labuan.

Sementara itu katanya, antara kerja kerja  yang telah disiapkan termasuklah menaik taraf bangunan ibu pejabat sedia ada,  Firstline, Garage & Computer Based Training (CBT), dan pejabat Aircraft  Ground Support Equipments/Vehicle (AGSE/AGSV),  pembinaan Ibu Pejabat baharu dan kerja kerja Paveman di Taxiway Bravo dan Taxiway Alpha.

Selain itu, Alexander turut memaklumkan terdapat beberapa projek lain yang sedang dilaksanakan di dalam Perimeter Pangkalan TUDM Labuan seperti pembinaan perlindungan cerun cerun sedia ada serta meningkatkan kapasiti Rumah Keluarga Angkatan Tentera bagi menampung Jumlah anggota yang kian bertambah.

“Satu lagi projek baharu yang dedang dibina di Pangkalan Udara ini ialah Projek pembinaan Bangunan Markas Pangkalan, Base Command Control Centre dan Skuadron Handau yang kesemuanya  bernilai RM110 juta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN