TAKLIMAT…. Rithuan mendengar taklimat dari Kontraktor SD Smart Legacy sebelum penyerahan projek.
LABUAN: Projek menaiktaraf Tapak Pesta Layang-Layang di Taman Damai Layang-Layang siap sepenuhnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Projek yang menelan belanja RM482,000 sepanjang kira-kira 200 meter itu siap dibina oleh kontraktor SD Smart Legacy dalam tempoh enam bulan.
Menurut Pengurus Kontraktor SD Smart Legacy, Md. Shahril Ibrahim, projek tersebut merangkumi pembinaan tempat letak kereta sebanyak 53 lot, letak motorsikal sebanyak 20 lot dan dua lot untuk letak kereta pengguna Orang Kurang Upaya serta lain-lain kemudahan untuk orang wam .
Sementara itu, majlis penyerahan projek berkenaan telahpun disempurnakan oleh kontraktor SD Smart Legacy kepada pihak Perbadanan Labuan yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

TAPAK Pesta Layag-Layang yang siap dinaik taraf
Hadir sama menyaksikan majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud danPengarah Jabatan Perkhidmatan Perbadanan Labuan, Datuk Osman Che Jusoh.
Rithuan ketika ditemui berkata, projek tersebut bakal menjadi lokasi utama penganjuran pertandingan layang-layang bertaraf antarabangsa yang akan diadakan setiap tahun sebagai usaha kearah meningkatkan produk pelancongan di pulau ini.
Selain itu, tapak pesta layang-layang ini juga sesuai digunakan sebagai tempat riadah, perkelahan dan sebagainya yang memberi manfaat kepada warga Labuan secara keseluruhannya.
“Secara tidak langsung tapak pesta layang-layang yang telah dinaik taraf memberi manfaat dan peluang kepada warga Labuan untuk melakukan aktiviti riadah selain memberi peluang kepada penduduk yang berdekatan untuk berniaga secara kecil-kecilan” katanya.