JALAN pesisir pantai Tanjung Aru menuju ke Membedai yang 96 peratus siap akan dibuka laluannya kepada orang awam pada September ini
Oleh: Jainudin Djimin
LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli berkata, projek jalan pesisir pantai sejauh 5.1 km yang kini 96 peratus siap akan memberi impak positif kepada pembangunan pelancongan dan ekonomi Labuan.
Beliau berkata, projek yang bernilai RM132 juta ini juga turut memberi menfaat kepada 35 peratus pengguna jalan raya khususnya pengguna dari Kampung Lubuk Temiang, Ganggarak, Tanjung Aru, Kerupang dan Nagalang.

Datuk Rozman Datuk Isli
“Ketika ini projek yang akan mengubungkan Jalan Tanjung Aru menuju ke Membedai telahpun mencapai kemajuan sebanyak 96 peratus dan hanya tinggal empat peratus sahaja yang masih dalam kerja-kerja pembinaan membabitkan pelebaran jalan di Jalan Sawangan Cina berhampiran Membedai” katanya di sini, kelmarin.
Jelas Rozman, projek yang bermula pada Disember 2017 di bawah RMK 11 mampu meningkatkan jaringan pengangkutan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Mustapha.
“Saya gembira pembinaan jalan ini mengikut landasan yang betul… jalan pesisir pantai ini sudah pasti membantu mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Mustapha ke arah bandar,”