25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program vaksinasi Covid-19 peringkat SK.Waang, berjalan lancar, capai objektif.

Gambar atas: Masidi menyantuni salah seorang murid SK Waang yang mengambil suntikan vaksin pada program itu.

RANAU: Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Ranau telah mengadakan Program Vaksinasi Kanak Kanak Berumur 5 -11 tahun (Pickids) Peringkat SK Waang, di sini pada Sabtu.

Menurut penganjur, objektif utama program itu ialah untuk memberikan suntikan vaksin khusus kepada kanak- kanak sekolah yang belum menerima vaksin Covid-19.

Pada masa yang sama, pihak penganjur turut menyediakan suntikan vaksin penggalak  (booster) kepada penduduk kampung yang belum menerima suntikan itu.

Masidi (tengah) berbual sesuatu dengan Jumain sambil diperhatikan yang lain

Penganjur memberitahu media, sebanyak 24 individu telah menerima dos vaksin pada program itu dengan tiga daripadanya adalah penerima dos penggalak (booster).

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, merangkap ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkesempatan hadir meninjau perjalanan program yang diadakan di Dewan Mini Kg.Waang.

Selain Masidi, turut hadir, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani, Pegawai Pendidikan Ranau, Majus Munsing, Pegawai Kesihatan Ranau, Dr Fiona Bizini, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jupirin Hj Ruhimin, Ketua Daerah Ranau, Muhasip Hj Ruman, PPM Karanaan, Rosdi Abd Ghani, penolong-penolong Pegawai Daerah Ranau dan Pengerusi JPKK, Kg.Waang, Ajilee Lubin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN