26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program MyFood dan MyBeras memanfaatkan 1,600 warga Labuan

SIMBOLIK….Dr Fary bersama Pengerusi MPP Zon Labuan Mohd Dzulfaizal Ab. Manan (tengah bersama Timbalanya Hadnan Muhammad pada majlis penyerahan MyBeras dan Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah di perkarangan Wisma Perbadadan Labuan, pada Isnin.

LABUAN: Program MyFood @Wilayah yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan adalah selaras dengan dasar Wilayah Prihatin yang diilhamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Sementara itu Program MyBeras diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif tambahan daripada program MyFood@Wilayah yang akan menyantuni lebih 1,600 warga Wilayah Persekutuan Labuan  terutamanya kepada golongan B40 yang terkesan susulan Wabak COVID  19 melalui pemberian sumbangan beras percuma bermula Februari ini.

Demikian dijelaskan  oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr. Fary Akmal Osman selepas menyampaikan secara simbolik fasa pertama  (150 kampit) MyBeras yang diagihkan secara pandu lalu kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dan juga Pengerusi Pengerusi MPP subzon yang diadakan di perkarangan Wisma Perbadanan Labuan, pada Isnin.

Beliau berkata, pihak Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) akan mengedar bantuan seterusnya untuk rakyat melalui MPP tiga kali seminggu sepanjang bulan Febuari.

|“Walaubagaimanapun, tempoh agihan sumbangan ini akan dilanjutkan sekiranya mendapat lebih banyak sumbangan dari orang ramai dan badan korporat” katanya.

Sementara itu katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan juga memperuntukan sebanyak 2,000 Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah Persekutuan   bernilai RM100,000  yang disalurkan kepada Perbadanan Labuan.

“Sumbangan Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah ini adalah bagi menggantikan Program Kenduri Rakyat  yang diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah.

“Memandangkan kita masih lagi dalam suasana Perintah Kewalan Pergerakan (PKP), Program Kenduri Rakyat tidak dapat diadakan dan peruntukan itu digantikan dengan Program Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah|” katanya.

 Dr. Fary berkata, Perbadanan Labuan dengan kerjasama MPP akan menyelaraskan agihan Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah ini kepada  warga Labuan yang memerlukan termasuk mereka yang terjejas akibat  COVID 19” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN