ADVERTISEMENTspot_img

Program MADANI Kita (PMK) perkukuhkan hubungan rakyat dengan kerajaan

Hannah ketika mengunjungi rurai yang disertai oleh komuniti Labuan pada PMK tdrsebut.

LABUAN:Program MADANI Kita (PMK) yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merupakan usaha kerajaan dalam memperkukuhkan hubungan dengan rakyat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan ), Hannah Yeoh berkata, pelbagai aktiviti serta inisiatif kerajaan telah dilaksanakan secara langsung kepada masyarakat melalui PMK.

“Program Turun Padang umpamanya merupakan salah satu pendekatan kerajaan dalam memastikan inisiatif kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Kerajaan bertanggungjawab bukan sekadar mengumumkan bantuan tetapi memastikan pelaksanaannya memberi manfaat kepada rakyat”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program MADANI Kita (PMK) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Arena Perbadanan Labuan, pada Sabtu.

Untuk Labuan, kerajaan Persekutuan terus mempergiat usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan meneliti semula insentif yang bersesuaian bagi mengekalkan pelabur sedia ada dan menarik pelabur baharu ke pulau berkenaan.

“Kita telah menubuhkan pasukan petugas khas bersama Kementerian Kewangan bagi meneliti semula insentif bersesuaian demi mengekalkan pelabur sedia ada dan menarik pelabur baharu ke pulau berkenaan.

“Bagaimanapun, penekanan utama ketika ini ditumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah infrastruktur asas terlebih dahulu terutamanya kestabilan bekalan air dan elektrik yang menjadi nadi keperluan industri serta penduduk” Katanya.

Jelasnya, bagi merangsang sektor pelancongan dan perniagaan tempatan, kerajaan mengumumkan kenaikan had pelepasan cukai di Labuan sehingga RM10,000 seperti mana yang telah diumumkan dalam Belanjawan Negara 2027 baru baru ini.

“Perlepasan itu bagaimanapun tetakluk kepada syarat dengan tempoh penginapan sekurang-kurangnya 48 jam di Labuan…ini bagi memastikan limpahan ekonomi dapat dinikmati secara langsung oleh pengusaha hotel, restoran dan perkhidmatan pengangkutan tempatan,” katanya.

Labuan juga tidak dipinggirkan dalam aspek kebajikan dan pendidikan dengan penyediaan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada 437 pelajar dari enam buah sekolah di Labuan bagi menjamin keselesaan serta keselamatan para pelajar.

“Kerajaan juga telah memperuntukan RM300, 000, bagi membangunkan sebuah pusat khusus untuk warga emas di Labuan yang akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi kebajikan.”, katanya.

Hadir sama pada program yang mengimpunkan hampir 5,000 pengunjung itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohd Salleh, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah JPNIN Labuan, Jessica Basat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN