24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program “Jerayawara Jelajah Sabah” beri banyak manfaat kepada masyarakat 

Robert menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah Datuk Dr Hajah Tarsiah TZ Haji Taman.

KENINGAU:Program “Jerayawara Jelajah Sabah” anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau memberi banyak manfaat kepada masyarakat  khususnya peserta program.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ini kerana para peserta telah mendapat pelbagai info berkenaan perkhidmatan jabatan serta agensi yang berkaitan.

Katanya, antaranya meliputi perkhidmatan dan fungsi daripada Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita selain fungsi dan peranan tiga  agensi yang dijemput khas iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). 

“Turut dibawa khas juga di daerah ini adalah kaunter saringan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah bagi menggalakkan komuniti membuat pemeriksaan kesihatan mereka” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jerayawara Jelajah Sabah peringkat Daerah Keningau pada Sabtu lepas.

Daerah Keningau  merupakan destinasi keenam (ke-6) setelah jerayawara ini dibuat di daerah  Ranau (02 Julai 2022), Tawau (06 Ogos 2022), Lahad Datu (07 Ogos 2022), Putatan (13 Ogos 2022) dan Tuaran (20 Ogos 2022) sebelum pihak penganjur meneruskan roadshow di tiga  daerah/lokasi lain lagi yang telah ditetapkan iaitu Kota Marudu, Beaufort dan Sandakan.

Robert berkata, sememangnya penganjuran program ini merupakan satu peluang terbaik kepada komuniti Keningau untuk lebih  mengetahui perkhidmatan yang disediakan daripada agensi jemputan agar  dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sebagai contohnya katanya, melalui pendedahan Klinik Bantuan Guaman yang turut diselitkan pengisiannya kepada komuniti di daerah ini, lebih ramai masyarakat yang akan dapat dibantu untuk diwakili (wanita khususnya) di mahkamah dalam kes-kes kritikal dan lama tidak selesai berkaitan dengan kekeluargaan serta penganiayaan dari sudut Syariah,Sivil dan Adat. Seterusnya diberi nasihat guaman atau menjalankan mediasi dalam semua perkara undang-undang berkaitan wanita. 

“Berdasarkan statistik kes kendalian Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW) data terkini setakat dari Januari 2022 hingga Jun 2022 secara keseluruhannya terdapat 40 kes dikendalikan di daerah Kota Kinabalu, dua kes di Sandakan dan empat kes di daerah Kota Belud”  jelasnya

Beliau  berharap melalui program ini, lebih ramai yang akan mengetahui fungsi perkhidmatan Klinik Guaman yang diberikan.

Robert berkata, pada program ini pihak PERKESO telah menjelaskan dengan adanya PERKESO pada hari ini ianya dapat meningkatkan kesedaran tanggungjawab majikan dan hak-hak pekerja serta hak-hak waris yang ditinggalkan untuk kesejahteraan hidup mereka. 

Katanya, ia bertujuan meningkatkan pengetahuan terhadap proses pendaftaran majikan, pekerja, pembayaran caruman dan proses tuntutan faedah di bawah Akta 4, Akta 789 dan Akta 800.

“Kita juga difahamkan PERKESO telah menyediakan faedah kepada mana-mana pekerja yang telah kehilangan pekerjaan di bawah Skim Insuran Pekerjaan pada tahun 2018.

Faedah-faedah yang diperolehi di bawah skim ini terdiri Elaun mencari pekerjaan, Elaun Bekerja semula, Elaun Latihan dan pencarian pekerjaan. 

Mulai 01 Januari 2019, pampasan kemalangan pekerja asing telah diambil alih oleh PERKESO melalui peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (AKTA 4) yang hanya meliputi Skim Bencana Kerja Sahaja.

Yang mana dahulunya Skim ini dikenali sebagai Pampasan Pekerja Asing (SPPA) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Di bawah Inisiatif Belanjawan 2022, Kerajaan melalui PERKESO telah menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) kepada Orang Bekerja Sendiri di bawah SPS Khidmat. 

Kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri terdiri dari Sukarelawan, Angkatan Pertanan Awam APM, Angkatan Tentera ATM, Maritim, PDRM, JAKIM, Penyelia Petugas Pemulihan Komuniti, Contract for Service bagi Sektor Perkhidmatan Awam dan menanggung caruman sebanyak 80% di bawah 9 kategori antaranya usahanita, penjaja, artis, ejen pelancongan, petani, petugas pemulihan komuniti dan nelayan” jelasnya lagi.

Manakala katanya, KWSP adalah sebuah institusi Keselamatan Sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya melalui dua jenis simpanan iaitu Simpanan Wajib (bagi pekerja mempunyai Majikan) dan Simpanan secara Sukarela (bagi Ahli yang tidak mempunyai majikan atau mereka yang berkerja sendiri. 

KWSP juga sedang berusaha membetulkan persepsi bahawa KWSP adalah Relevan untuk semua dan bukan terhad kepada mereka yang bekerja dan ada majikan (Formal sector). Tetapi KWSP juga adalah RELEVAN kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 14 tahun ke atas termasuk lah kakitangan Awam yang diserapkan dalam jawatan berpencen , petani, peladang, nelayan, perkhidmatan GRAB/Panda/dan lain seumpamanya. (Informal sector)

Rakyat Malaysia yang tergolong sebagai INFORMAL SECTOR boleh  memulakan/meneruskan simpanan KWSP melalui Caruman secara sukarela yang disediakan oleh KWSP iaitu skim i-Saraan dan Skim Kasih Suri Keluarga Malaysia yang mana akan menerima menafaat dari pihak Kerajaan  selain faedah-faedah dari KWSP. 

Pendaftaran sebagai Ahli KWSP boleh dibuat seawal usia 14 Tahun dan boleh memulakan simpanan di KWSP.

Kesedaran dan bantuan semua pihak seperti sekolah, IPTA, IPTS, Jab pendidikan, PIBG dan lain sangat diperlukan oleh KWSP supaya nak-anak berumur 14 tahun dapat didaftarkan sebagai ahli KWSP dan mula  mencarum serendah RM1 sehari.

Data Simpanan ahli KWSP Sabah terkini, lebih 60% ahli mempunyai Baki Simpanan kurang RM10K. Atas alasan ini KWSP giat untuk turun padang bagi memastikan ahli-ahlinya mempunyai kesedaran yang tinggi menyimpan dan meningkatkan semula Simpanan di KWSP. 

Para peserta program juga boleh mendapatkan info lebih berkenaan perkhidmatan dan caruman KWSP ini melalui kaunter agensi yang dibuka di dewan ini khas untuk komuniti daerah.

Kepentingan rancang kewangan sememangnya memainkan peranan  penting era modenisasi kini. 

Pada pagi tadi, peserta program turut diberi pendedahan mengenai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang ditubuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memberi perkhidmatan pendidikan, kauseling kewangan dan program pengurusan kredit. 

Perkara ini membolehkan masyarakat menguruskan hutang dengan bijak sekali gus memastikan sektor isi rumah mendapatkan nasihat, bantuan berhubungan kewangan. 

Menerusi agensi AKPK ini, ianya diharap dapat membimbing peminjam dan orang ramai memahami penyelesaian masalah kewangan dengan baik. 

Hadir sama Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah Merangkap Pengerusi Penganjur Datuk Dr Hajah Tarsiah TZ Haji Taman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Bersama Puan Hajah Haslina Ismail, Ketua Penguatkuasa KWSP Keningau  Earl Parulian Siagian, Pengurus Pejabat PERKESO Keningau Maidin Mursidi

Wakil Pengurus Cawangan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Kota Kinabalu Victor Sabin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau Mohd Fawzi Abdul Kadir dan wakil dari Pejabat Daerah Keningau Kamarudin Latip.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN