26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Jelajah Sinar Kasih Teruskan Misi Menyantuni Rakyat di Bingkor

Rafie menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak.

KENINGAU: Program Jelajah Sinar Kasih anjuran Sekretariat Bingkor Membangun Bersama Rakyat (BMBR) 2025 dengan kerjasama, Pejabat ADUN dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor menjejaki masyarakat di perumahan Rumah Murah JKR, Keningau.

Program ini merupakan siri pertama yang berlangsung di Dewan Rumah Murah JKR itu dirasmikan oleh Ketua Pemuda GRS Keningau Rafie Robert mewakili Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Menurut Rafie, penganjuran program ini bertujuan memperkukuh silaturahim, menyantuni masyarakat setempat serta membuka ruang kepada komuniti untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Pelbagai pengisian sempena program itu seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, derma darah dan sebagainya.

Sementara itu pihak penganjur merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Unit Transfusi Darah Hospital Keningau, Tune Talk dan Robert T Optical atas sokongan serta penyertaan dalam menjayakan program ini.

Pihak penganjur menjelaskan, program seumpama ini akan diteruskan di beberapa lokasi terpilih sebagai wadah penyatuan masyarakat dan usaha bersama meningkatkan kesejahteraan komuniti khususnya di kawasan Bingkor.

Turut hadir Pengerusi JKDB Tuarid Taud/Bandar Puan Siti Rodziah Yati binti Harun, Pemaju Mukim Tuarid/Bandar Rahman Bidin dan Ketua PDM Keningau Station Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN