Sebahagian penduduk yang menghadiri program tersebut merakam gambar bersama Hussen, Kenny dan yang lain
RANAU: Program Info On Wheel, anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) daerah ini, melibatkan 3 kawasan Dewan Undangan Negeri, (DUN), kundasang, Karanaan dan Paginatan banyak memberi info berguna kepada masyarakat luar bandar.
Program itu yang memfokuskan saranan kepada masyarakat berhubung kepentingan mengikuti imunisasi Vaksin Covid-19 sebagai langkah memutuskan rantaian pandemik tersebut.
Setiausaha Sulit (kanan) Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hussen Bin Haji Jirat ketika berucap mewakili Jonathan Yasin pada program Info On Wheels JaPen Ranau di Kg.Meridi baru-baru ini menyeru penduduk agar sentiasa mematui SOP yang ditetapkan Kerajaan selain menjaga kesihatan diri agar tidak mudah dijangkiti penyakit berjangkit.
“Saya menyeru penduduk di sini agar tida mengunjungi majlis keramaian seperti perkahwinan, kenduri-kendara Hari Jadi dan sebagainya kerana ia dikhuatiri boleh menjadi punca penyebaran Covid-19, memang sukar dilihat dengan mata kasar kita”,jelas Hussen.
Beliau seterusnya mengingatkan penduduk agar sentiasa membudayakan perpaduan dan permuafakatan dikalangan penduduk bagi memudah kerajaan menyalurkan projek pembangunan yang di perlukan di sesuatu kawasan.
“Penduduk yg tidak bersatu-padu dan tidak menyokong kerajaan biasanya agar sukar untuk menyalurkan pemvangunan di kawasan berkenaan” ,tambah Hussen.
Berucap sama ialah, Pegawai JaPen Ranau, Kenny Thomas.
TAMAT
1.Hussen ketika berucap pada program Info On Wheels JaPen di Kg.Meridi Ranau.
2.Kenny Peter.
3.Sebahagian penduduk yang menghadiri program tersebut.