28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Imunisasi Vaksin Covid-19, 3.0 di Ranau berjalan lancar

Salah seorang penerima suntikan pertama vaksin Covid-19 diperhatikan Dr.Bonevanture.

Oleh: Jainuddin Nasir

RANAU:  Program Imunisasi Vaksin Covid-19, 3.0 kebangsaan di Ranau berjalan lancar dan teratur seperti yang di  ditetapkan Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM).

Pevaksinan kepada individu sama ada kakitangan kerajaan atau bekerja sendiri punyai kesesadaran  kendiri sebagai suatu usaha untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir menjadi  wabak seluruh dunia.

Hari ini (13 Jun)  seramai 480
individu warga Ranau telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengikuti program imunisasi Vaksin Covid-19 dan sejak 8 Jun sehingga hari ini (13 Jun) seramai 2,835 orang telah selesai menerima  suntikan pertama vaksin jenis  Pfizer dan Sinovac   di Dewan Masyarakat Ranau bermula  8.00 pagi hingga 4.30 petang .

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, yang bertugas sebagai penyelaras program Imunisasi tersebut, Dr.Boneventure  Muneh memberitahu, kesedaran warga daerah Ranau terhadap kepentingan imunisasi  adalah  memuaskan untuk menutuskan rantaian Covid-19 yang memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Menurutnya, program tersebut akan dilanjut lagi hingga ke beberapa hari lagi berdasarkan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN