29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 31, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PROGRAM DERMA DARAH 5 FEB DI TENGHILAN

TENGHILAN: Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Program Derma Darah pada 5 Februari 2026 (Khamis) di Dewan SRA Tenghilan, bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Program merupakan anjuran bersama Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS), dan Pergerakan Pemuda PBS Bahagian N.14 Tamparuli, sebagai sebahagian usaha bagi membantu menstabilkan bekalan darah hospital yang memerlukan.

Menurut jurucakap program dari PPKS, Daulik Gutak, matlamat program adalah untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat tampil menderma darah sambil menyemai semangat kesukarelawanan.

“Sebagai tanda penghargaan kepada para penderma, pihak penganjur turut menyediakan saguhati berupa beras kepada para penderma,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 30 penderma terawal yang berjaya menderma darah akan menerima 5 kilogram beras, manakala penderma terbanyak pula berpeluang membawa pulang 10 kilogram beras.

“Aktiviti seumpama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima darah, malah mampu menyelamatkan nyawa kerana satu beg darah berpotensi menyelamatkan sehingga tiga nyawa,” ujar Daulin.

Selari dengan usaha berterusan memperkukuh bekalan darah hospital di negeri ini, beliau yakin program ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat serta kawasan sekitar Tamparuli dan Tenghilan,

Justeru, pihak penganjur menyarankan masyarakat prihatin agar hadir lebih awal bagi melancarkan proses pendaftaran serta meningkatkan peluang menerima saguhati yang disediakan.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Daulin (011-5116 5806), Rizkam Wenddy Yabin (011-1881 8313), Joanes Robert Johnny @ Ateng (012-918 2206) atau Cikgu Lenliy (016-819 0895).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN