26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Aspirasi Merdeka Labuanfm gelorakan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Labuan



JALUR GEMILANG….Musa bersama kakitangan Labuanfm merentangkan Jalur Gemilang sepanjang 63 meter di puncak Bukit Kubong,


LABUAN:  Program Aspirasi Merdeka Labuanfm  2020 anjuran Jabatan Penyiaran Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Jabatan Penerangan dan Kelab Sukan Jabatan Belia dan Sukan Labuan berjaya mengelorakan  sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 63 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di sini, pada Isnin.


Program yang disertai 150 peserta bermula di Dataran Labuan  dengan acara  konvoi  berbasikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang   sejauh 14 kilometer menuju ke Pantai Batu Manikar.

NEGARAKU…. Dr Fary  bersama  Fauziah dan peserta Aspirasi Merdeka Labuanfm menyanyikan Lagu Negara Ku di puncak Bukit Kubung


Konvoi berbasikal seramai 30 peserta itu diketuai oleh Ketua Polis Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad.


Setibanya di lokasi utama di Pantai Batu Manikar  para peserta konvoi  bersama peserta Aspirasi  Merdeka Labuanfm yang lain   meneruskan acara berikutnya iaitu mendaki  Bukit Kubung setinggi 148 kaki dengan acara kemuncaknya merentangkan Jalur Gemilang sepanjang 63 meter serta menyanyikan lagu Negara Ku  dan laungan Merdeka  sebanyak tiga kali yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan,  Dr Fary Akmal Osman di puncak bukit berkenaan tanda simbolik Sambutan Hari Kemerdekaan ke 63.


Dr. Fary ketika ditemui media  mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana bukan sahaja dapat mengelorakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 63 negara, tetapi juga berjaya menerapkan  semangat cintakan tanah air dan   erti kemerdekaan  kepada peserta yang terlibat dan juga warga Labuan secara keseluruhannya.

PERLEPASAN…. Dr Fary (tengah) bersama Fauziah (dua kiri), Musa  (kanan sekali) dan Kartika (kiri sekali) melepaskan konvoi berbasikal.


Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah  Mohd Sidek berkata, program Aspirasi Merdeka Labuanfm merupakan aktiviti Radio Di Lokasi  yang membawa kakitangan Labuanfm bersama warga Labuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air dengan menerapkan elemen kemerdekaan.


“Ia secara langsung mempromosikan Labuanfm di peringkat akar umbi selain menwar-warkan kemudahan kemudahan terkini  yang disediakan seperti RTM mobile, Myklik dan lain lain lagi” katanya.


Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa, Pengarah Majlis Keselamatan Mengara (MKN), Nurzalizah Kartika Abdullah serta beberapa ketua jabatan dan agensi kerajaan yang lain.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN