Robert menyaksikan pameran pada program itu.
KENINGAU:Program Anime Fiesta Keningau berpotensi untuk menarik lebih ramai peserta, pengunjung dan pelancong pada masa akan datang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, terdapat pelbagai keunikan yang menarik pada Program Anime Fiesta ini.
“Pelbagai keunikan inilah menarik perhatian pengunjung dan pelancong” katanya semasa berucap merasmikan Program Anime Fiesta Keningau yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Ahad.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau sentiasa menyokong apa juga program yang dianjurkan oleh belia untuk memenuhi kehendak dan hobi mereka asalkan ianya memberi manfaat kepada belia.
Katanya, program-program lebih menjurus kepada golongan belia bukan sahaja memenuhi kehendak dan hobi mereka tetapi ia mengelakkan mereka terjebak dalam masalah gejala sosial.
Pada masa sama Robert mengucapkan
tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan program ini yang julung kalinya diadakan di daerah ini.
Hadir sama pada program ini, Pengerusi Penganjur Nizam Imran Blasius, Penasihat Penganjur, Blasius Juatol dan Wakil CEO Hobbycon Encik Yohan.