25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Program Ambang Ramadan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor dapat sambutan

Sebahagian jawatankuasa Masjid bergambar bersama Imam Kefli ( empat dari kiri ) dan Hj Yazid (lima dari kiri).

KENINGAU: Program Ambang Ramadan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor mendapat sambutan daripada masyarakat Islam disekitar Pekan Bingkor.

Program itu dianjurkan oleh jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor bertujuan menyemarakkan dan mensyukuri kehadiran bulan suci ramadhan disamping mengeratkan ukhuwah sesama muslim dan muslimah.

Sempena program itu Imam Masjid At Taqwa Daerah Keningau Imam Kefli Yasoi menyampaikan
ceramah yang bertajuk Ambang Ramadan.

Setiausaha Masjid Sabreh Kallam berkata, program serupa itu adalah program tahunan yang telah dijalankan di tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berpuas hati dengan penglibatan dan penyertaan masyarakat Islam disekitar Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor dalam program tersebut.

Beliau juga beeterima kasih kepada Imam Kefli atas kesediaan menghadiri majlis tersebut dan menyampaikan ceramah di majlis tersebut.

“Pengisian dan perkongsian ilmu yang diberikan amat berfaedah dan menafaat sekali kepada ahli ahli jemaah yang hadir dalam program tersebut” katanya.

Sabreh juga merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada ahli jawatankuasa Masjid yang diketuai oleh Pengerusi Masjid Haji Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles atas kejayaan program tersebut.

Katanya, kekuatan sesuatu program adalah datangnya dari komitmen masyarakat Islam di sini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN