27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Prof Dr Muhaya mohon maaf isu ‘buat bodoh-bodoh’

Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memohon maaf atas salah faham susulan kenyataan “wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit” dalam satu klip video yang tular di media sosial. – Gambar fail/Facebook

PAKAR motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memohon maaf atas salah faham susulan kenyataan “wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit” dalam satu klip video yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Tegas Dr Muhaya, sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang bekerjaya, beliau sentiasa mendukung, mendoakan semua wanita berjaya ke puncak tertinggi dan berbahagia dunia akhirat.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda,” katanya dalam satu entri terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis.

Jelasnya, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari Live Facebook Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit  yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “Antara Cinta dan Cita-Cita”.

“Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan,” ujarnya lagi.

Justeru, atas salah faham itu kata Dr Muhaya, beliau menghadiahkan nota ringkas live Cinta dan Cita-cita di Youtube sebagai rujukan segalan persoalan yang timbul.- Awani

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN