25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PRN17: Suasana ‘Perang Poster’ Warnai Tiga DUN di Ranau

PERANG POSTER… Poster-poster calon yang bertanding di DUN N.37 Karanaan menghiasi kawasan setempat.

RANAU: Suasana menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang bakal berlangsung pada 29 November ini semakin meriah dengan ‘perang poster’ di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini.

Tinjauan di DUN N.36 Kundasang, N.37 Karanaan dan N.38 Paginatan mendapati persaingan sengit tercetus susulan pertembungan sehingga 10 penjuru, sekali gus mencerminkan keghairahan parti-parti politik mengetengahkan calon terbaik untuk meraih sokongan pengundi berdaftar.

Fenomena pemasangan poster dan bendera parti yang menghiasi sepanjang jalan utama serta kawasan penempatan penduduk sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim pilihan raya, sebagai ruang untuk memperkenalkan calon dan parti kepada masyarakat.

Setakat ini, tumpuan tertumpu kepada kemampuan setiap parti mempengaruhi sentimen pengundi pada hari pengundian, dengan keputusan rasmi hanya akan diketahui pada malam 29 November selepas proses pengiraan selesai.

Beberapa penganalisis politik meramalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpotensi memenangi banyak kerusi di Sabah, sekali gus berada pada kedudukan selesa untuk membentuk kerajaan baharu. Namun demikian, pertandingan pelbagai penjuru dijangka menjadi faktor penentu utama keputusan kali ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN