Cenderahati…. Mohd Rafi menyampaikan cenderahati kepada Ahmad Maslan sambil di perhatikan Bashir (kanan) dan Khalid.
LABUAN: UMNO Bahagian Labuan yang akan mewakili Wilayah Persekutuan sudah bersiap sedia untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 (PRN) yang dijangka akan diadakan pada bila bila masa sebelum hujung tahun ini.
Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Mohd. Rafi i Hassan berkata UMNO Bahagjan Labuan telah diamanahkan untuk mewakili Wilayah Persekutuan bagi membantu calon UMNO/BN di dua kawasan Parlimen Sipitang dan Parlimen Beaufort.
Sehubungan dengan itu katanya UMNO Labuan telah membentuk dua pasukan membabitkan jentera parti yang akan membantu kempen di dua kawasan Parlimen pada PRN iti nanti.
“Kita telahpun melantik Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias untuk mengetuai jentera parti bagi kawasan Dun Sindumin Parlimen Sipitang, manakala Naib Ketua Bahagian, Datuk Khalid Ghani akan mengetuai jentera parti bagi Dun Klias dan Kuala Penyu kedua duanya dalam kawasan Parlimen Beaufort”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan di salah sebuah hotel di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Naib Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Ghani, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungut, Ketua Puteri UMNO Bahagian, Normiyati Jumat, Ketua Veteran UMNO Bahagian Labuan Muhamad Abdullah, Bendahari UMNO Bahagian Musa Basman, Ketua Penarangan UMNO Bahagian, Basran Yunus dan ahli ahli Jawatankuasa UMNO lima peringkat termasuk Ketua Ketua Cawangan UMNO.
Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT), berkata selain menumpukan di dua kawasan Parlimen yang diamanahkan, pihaknya juga telah bersiap sedia untuk membantu di beberapa kawasan lain yang calonnya datang dari parti UMNO/BN.
“Insyallah UMNO Bahagian Labuan telahpun siap sedia…datang sahaja pembubaran PRN Sabah UMNO Labuan akan berkampung dimana juga calon UMNO/BN bertanding”, katanya.



