Wong Kii Yii
LABUAN: Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), Datuk Wong Kii Yii (gambar) menyelar cara syarikat penerbangan Maswing mengendalikan penerbangan lewat daripada jadual masa penerbangan asal.
Wong berkata, pada 21 Mei lalu beliau telah menempah untuk menaiki penerbangan Maswing dari Kota Kinabalu ke Labuan mengunakan flight No MH3045 yang sepatutnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang KKIA jam 4.25 petang, namun penerbangan tersebut ditangguhkan sehingga jam 7.15 petang dan hanya dimaklumkan penagguhan itu pada jam 6.10 petang.
Dalam waktu yang sama sebuah lagi penerbangan Maswing MH 3047 berlepas dari Kota Kinabalu ke Labuan mengikut jadual iaitu pada jam 5.50 petang.
“Saya cuba mendapatkan kauter tiket untuk menukar tiket penerbangan saya ke MH 3047 yang berlepas mengikut jadual dan kebetulan pula masih ada tempat duduk yang kosong untuk saya menaiki penerbangan tersebut.
“Malangnya pegawai yang mengendalikan tiket penerbangan di kauter berkenaan tidak membenarkan saya untuk menukar penerbangan”
“Tindakan itu telah membuatkan saya kecewa, kerana saya perlu balik ke Labuan lebih awal kerana perlu menghadiri satu majlis” katanya di sini kelmarin.
Justeru itu beliau meminta kepada pengurusan Maswing supaya mempunyai rancangan kotingensi yang lebih effisyen bagi menangani masalah penumpang yang terperangkap dengan jadual penanguhan penerbangan.
Beliau juga turut kecewa dengan pengurusan KKIA yang tidak peka dengan keadaan balai berlepas khususnya di kawasan VIP yang tidak berhawa dingin.
“Saya dimaklumkan oleh pekerja di sana, penghawa dingin di kawasan itu sudah lama rosak dan keadaan ini jika dibiarkan berlarutan boleh menjejaskan imej lapangan terbang kota kinabalu yang bertaraf antarabangsa kepada pelancong asing”,katanya.