27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PPV tetap keempat di Dewan Masyarakat Bingkor akan mula beroperasi selepas 15 Ogos: Robert

Robert (kiri)bersama rombongan semasa melawat ruang Dewan Masyarakat Pekan Bingkor yang akan dijadikan PPV keempat.

KENINGAU:Satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diwujudkan di daerah ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata PPV tetap yang keempat itu ditempatkan di Dewan Masyarakat Pekan Bingkor yang akan mula beroperasi selepas sahaja pemberian vaksin dos kedua untuk Program Outreach dilaksanakan pada 14 dan 15 Ogos ini. 

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, sebelum ini tiga PPV tetap telah beroperasi iaitu yang pertama di Dewan Masyarakat Keningau, kedua  Dewan Kompleks Sukan Keningau dan ketiga di Dewan Masyarakat Sook.

“Berikutan dengan pembukaan PPV tetap yang keempat di Dewan Masyarakat Pekan Bingkor, PPV Klinik Bingkor juga akan ditutup” katanya selepas melawat persediaan pembukaan PPV tetap di Dewan Masyarakat Pekan Bingkor hari ini.

Robert berkata, seperti yang dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau, PPV Dewan Masyarakat Pekan Bingkor berkapasiti 400 orang dalam satu-satu masa.

Semoga dengan pembukaan PPV tetap ini katanya, akan dapat mengurangkan kesesakan di PPV yang sedia ada dan seterusnya menjimatkan masa serta memudahkan masyarakat untuk mengambil vaksin Covid-19 di daerah ini khususnya di kawasan Bingkor.

“Usaha ini juga dapat menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan vaksin Covid-19 kerana operasi pemberian vaksin akan bakal berjalan dengan lancar dan mudah” jelasnya.

Hadir sama pada lawatan ini, wakil Pegawai Daerah Keningau Daffri Adzahari dan Encik Kamaruddin Latif, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bingkor,Dr. Ganesh Kumar, Wakil KKM Dr. Ronald dan kakitangan UPPM DUN Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN